Monday, October 12, 2009

My Family Photo






Janjiku Menjadi Seorang Guru

Assalamualaikum....

Minat dan kecenderunganku untuk mendidik telah mula mekar dan berputik sejak zaman persekolahan lagi..Mungkin juga pengaruh dan contoh yang diberikan oleh guru-guruku yang terdahulu..banyak mendorong aku untuk menjadi seperti mereka..Malah alam persekolahan dan menghabiskan masa bersama guru sangat menyeronokkan..


Syukur Alhamdulillah ,kini impian itu telah dapat ku capai. Aku telah mengikuti kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di Universiti Perdidikan Sultan Idris selama setahun
. Cita-citaku untuk menjadi seorang pendidik telah tercapai.

Guru merupakan suatu ungkap yang cukup bermakna pada diri seseorang.Kerana melalui insan ini, akan mengenal erti sebuah kehidupan, bermula dari insan yang kosong dan tidak mengerti apa-apa seterusnya kita di didik agar menjadi insan yang berguna…

Untuk menjadi seorang guru, saya sedar bahawa tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah. Saya akan bertanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan bahkan saya juga akan membentuk jati diri murid agar menjadi insan yang berguna...

Saya akan meningkatan imej profesion keguruan dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti mengajar murid dengan cekap dan dedikasi supaya murid yang di ajar akan berjaya mencapai keputusan akademik yang cemerlang.


Bersama keluarga



Wednesday, October 7, 2009