Minat dan kecenderunganku untuk mendidik telah mula mekar dan berputik sejak zaman persekolahan lagi..Mungkin juga pengaruh dan contoh yang diberikan oleh guru-guruku yang terdahulu..banyak mendorong aku untuk menjadi seperti mereka..Malah alam persekolahan dan menghabiskan masa bersama guru sangat menyeronokkan..
Syukur Alhamdulillah ,kini impian itu telah dapat ku capai. Aku telah mengikuti kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah di Universiti Perdidikan Sultan Idris selama setahun. Cita-citaku untuk menjadi seorang pendidik telah tercapai.
Guru merupakan suatu ungkap yang cukup bermakna pada diri seseorang.Kerana melalui insan ini, akan mengenal erti sebuah kehidupan, bermula dari insan yang kosong dan tidak mengerti apa-apa seterusnya kita di didik agar menjadi insan yang berguna…
No comments:
Post a Comment